Sunday 5 June 2022

MAKSUD ‘BIRA PATA’ DIALEK KELANTAN

 
Dua perkataan dialek Kelantan iaitu ‘bira’ dan ‘pata’, apabila digabungkan menjadi frasa ‘bira pata’. Apa maksud perkataan perkataan itu?

Perkataan ‘bira’ ada bermaksud ‘tepi’. Manakala perkataan ‘pata’ adalah bermaksud ‘pantai’.

Jadi, ‘bira pata’ adalah bermaksud ‘tepi pantai’.

Bira pata adalah kawasan yang sangat dekat dengan ombak pantai atau yang mampu dicapai oleh ombak pada waktu ombak besar. Kawasan yang tidak terjangkau oleh ombak, termasuk ketika ombak besar, tidak dipanggil bira pata.

Sebab itu, perkataan ‘bira’ juga digunakan untuk merujuk kepada kawasan dekat yang dikenal pasti keberadaan sesuatu benda yang dicari.

No comments:

Post a Comment