Wednesday 15 June 2022

POKOK PANDAN LAUT

 
Pandan laut atau mengkuang pantai merupakan tumbuhan yang tumbuh subur di pesisir pantai. Dinamakan pandan laut kerna daunnya hampir seperti pandan, tetapi tidak berbau seperti pandan dan agak keras. Manakala ia juga dikenali mengkuang pantai kerana daunnya boleh dijadikan anyaman tikar dan kraf tangan lain, seperti daun mengkuang.

Pokok pandan laut boleh hidup lama sehingga melebihi 50 tahun, bahkan ada mencapai usia lebih 100 tahun.

Pandan laut memiliki daun berwarna hijau hingga hijau tua dengan panjang satu hingga 3 meter dan lebar sekitar 11 hingga 16 sentimeter. Ia mempunyai dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina.

Bunga jantan berukuran kecil, berbau harum namun berumur pendek sekitar satu hari saja, Bunga betina akan membesar menjadi buah.

Buah pandan laut boleh dimakan, iaitu bahagian lembut di hujung buah yang melekati pada tandan. Rasanya manis seakan-akan rasa tebu.



No comments:

Post a Comment