
Kita biasa muat naik gambar sedang makan
bersama-sama kawan. Maka, yang tidak bersama pula akan komen ‘tidak ajak’ atau ‘kena
tinggal doh dan komen-komen lain. Si pengirim pula akan menjawab berjanji akan
ajak kemudian.
Di media sosial juga kerap diajak untuk
mengopi atau mengeteh (minum dan makan bersama di kedai kopi). Ajakan itu pasti
akan mendapat sambutan. Mereka berjanji berjumpa di mana-mana restoran pilihan.
Kena pergi jauh pun tidak menjadi masalah.
Begitulah menarik dan meriahkan apa-apa
yang dikaitkan dengan makan dan bersama-sama rakan-rakan. Memang elok begitu.
Tetapi diperhatikan jarang kita berkongsi
gambar berada di masjid atau majlis ilmu. Alasannya, nanti dikatakan riak melakukan
ibadah pula. Takut digelar tok lebai atau tok imam.
Ajakan “jom masjid” pun jarang kita temui.
Pergi senyap-senyap. Kawan tidak marah kalau kita tidak ajak mereka.
Itulah bezanya “meriah” makan bersama rakan
berbanding bertemu di masjid.
No comments:
Post a Comment