Friday 17 February 2023

PUSAT REKREASI LATA RENYUK JELI

 
Pusat Rekreasi Lata Renyok dibangunkan dan diselengara oleh Majlis Daerah Jeli (MDJ) sebagai pusat aktiviti berkeluarga yang terbuka kepada penduduk setempat dan dari luar. Ia diharapkan menjadi destinasi tarikan ramail
 
Pusat rekreasi tersebut terletak di Kampung Renyuk iaitu lebih kurang 14 km dari bandar Jeli. Pengunjung hanya perlu mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Jelawang - Gua Musang.
 
Lata Renyuk terhasil daripada aliran Sungai Renyok yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk ke dalam Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini ia dapat dikunjungi rapat oleh kenderaan biasa dengan keadaan jalan yang elok.
 
Sungai Renyok merupakan salah satu punca sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau. Di Kampung Renyuk juga terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang.
 
Lata Renyuk Jeli semakin menarik apabila kemudahan di kawasan berkenaan telah dinaik taraf. Landskap rumput dan fasiliti diselenggara dengan baik oleh Majlis Daerah Jeli (MDJ).
 
Lebih menarik lagi apabila ditambah kompenan baharu 'Mini Renyuk Water Park' memberi pilihan buat keluarga beriadah di sini.
 
Diharapkan kepada para pengunjung, guna kemudahan yang disediakan sebaiknya. Jaga kebersihan dan keindahan taman rekreasi agar sentiasa terus terpelihara.

No comments:

Post a Comment