Sunday 26 February 2023

KEBAIKAN PAKAI STOKING SEWAKTU TIDUR

 
Kualiti tidur yang baik dinilai berdasarkan tempoh yang diambil untuk tidur, tempoh tidur, kekerapan terjaga dan kecekapan tidur. 

National Sleep Foundation menyatakan bahawa memakai stoking dapat menjadikan kita tidur lebih nyenyak. Jika kaki kita berasa dingin dan sejuk, pembuluh darah akan menyempit membuatkan tubuh kita akan berasa seperti gelisah.
 
Namun, dengan memakai stokin, ia dapat membantu tubuh kita mendapatkan suhu yang seimbang. Suhu tubuh seseorang biasanya akan turun pada malam hari dan paling rendah pada pukul 4 pagi. Jadi, menjaga kaki untuk kekal hangat boleh menjaga suhu tubuh dan melebarkan pembuluh darah.
 
Sebenarnya wujud ‘jam biologi’ yang mengawal secara semula jadi waktu tidur dan bangun kita yang dikenali sebagai ritma sirkadian.
 
Secara tidak langsung ia ada kaitan dengan suhu badan seseorang iaitu apabila suhu badan meningkat, biasanya badan akan berasa segar kerana ketika itu tenaga dihasilkan.
 
Suhu badan kemudian menurun pada waktu malam, membuat seseorang berasa mengantuk terutama apabila kita mula tidur, suhu badan berkurangan sebanyak satu hingga dua darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.
 
Kesan pemakaian stoking dilihat membantu mengawal kitaran suhu badan supaya tidak terlalu drastik yang mana akan mempengaruhi kesan fungsi tubuh. 
 
Stoking Aulora keluaran BE lnternational diperbuat daripada material terbaik fiber Kodenshi amat selesa dan dapat menghasilkan sinaran infra merah apabila bersentuhan dengan kulit kita menjadikan peredaran darah berjalan lebih lancar.

No comments:

Post a Comment