Manusia suka berdebat. Macam-macam punca
manusia berdebat. Ada yang ingin mempertahankan hak dan pendapat. Ada juga
hendak tunjuk hebat dan tidak mahu mengalah. Punca lain ialah untuk mencari
kebenaran. Namun, kebanyakan debat menjadi berpanjangan disebabkan ingin
mencari pembenaran. Ingin mencari kedudukan dan kemegahan diri.
Apabila kita mencari kebenaran, kita
membuka minda kita kepada data, fakta dan hujahan bagi membolehkan kita memilih
pandangan mana yang kuat asasnya.
Mencari pembenaran pula membawa maksud
bahawa kita sudah menetapkan apa yang mahu kita percaya menyebabkan kita
mencari data, fakta dan hujah yang pada pandangan kita menyokong apa yang mahu
kita benarkan dan percaya itu.
Mencari kebenaran ini penting kerana kita
hanya ada satu kehidupan sahaja di dunia ini. Jika kita memegang pegangan yang
silap, kita tidak boleh memperbaiki keadaan apabila kita memasuki alam kubur
dan seterusnya.
Pada era yang mana semua orang boleh
bercakap dan berhujah, kita kena serius di dalam perkara-perkara yang ada kesan
di dalam kehidupan yang seterusnya yang kekal pulak tu.
Diterima dan diakui sebagai orang hebat amat
tidak bermakna jika ia menyebabkan kita susah berpanjangan di akhirat.
Jadi tidak ada masalah kita menyonsong arus
jika itulah yang lebih selamat di akhirat kelak. Ini terpakai di dalam pelbagai
aspek kehidupan yang kita lalui sebagai hamba Allah ini.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita taufiq
dan hidayah-Nya, serta membuka kepada kita jalan yang menyelamatkan di dunia
dan akhirat.
No comments:
Post a Comment