Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
membenarkan semua jenis basikal dibawa menaiki perkhidmatan KTM Komuter pada
waktu tertentu secara percuma bermula 6 Ogos 2022.
Sebelum ini KTM Komuter mengenakan caj RM2
kepada pengguna yang membawa basikal. Bermula 18 April 2022, KTM Komuter
mengumumkan tiada lagi caj dikenakan. Namun hanya basikal lipat atau 'folding
bike' sahaja dibenarkan dibawa menaiki tren sepanjang masa pada hari hujung
minggu.
Bagaimanapun, bermula 6 Ogos 2022, KTM
Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki tren komuter pada
luar waktu puncak pada hari bekerja dan sepanjang masa pada hari minggu.
Ride and Ride dibenarkan dari jam 9.30 pagi
hingga hingga 4 petang dan 8 malam hingga 12.30 tengah malam pada Isnin hingga
Jumaat, manakala pada bila-bila masa untuk Sabtu dan Ahad.
Namun ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh
pihak KTMB, antaranya pastikan basikal yang dibawa tidak menghalang laluan
pintu pada setiap masa, basikal tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan
pemilik dan koc yang dibenarkan hanyalah koc pertama dan koc terakhir atau di
mana-mana koc yang kurang sesak.
Selain itu, roda basikal perlu ditutup
sekiranya basah atau kotor, basikal lipat perlulah dilipat sepanjang berada di
dalam stesen dan tren, dilarang menaiki basikal setelah berada di lobi stesen,
platform dan di dalam tren.
Perlu diingatkan kebenaran hanya untuk KTM
Komuter sahaja. Perkhidmatan tren ETS dan semua perkhidmatan KTM Intercity
tidak membenarkan para penumpangnya membawa semua jenis basikal dalam kereta api. Fasiliti dan
kapasiti tempat duduk hanya untuk penumpang dan bagasi sahaja.
Gambar – Zamri Mohamad
No comments:
Post a Comment