Ini Minah Bt Mat Eil, dipanggil gelaran Mok Nab
oleh hampir semua orang tanpa mengira status hubungan dengan Mok Nab. Adik
beradik, anak saudara, cucu saudara dan sesiapa mengenalinya memanggilnya Mok
Nab.
Mok Nab dilahirkan di Kampung Telok
Kemunting, Tawang, Bachok, Kelantan pada zaman Perang Dunia Kedua. Mok Nab
dilahirkan tanpa sempat dilihat oleh bapanya.
Mengikut cerita Maimunah Ibrahim (adik
beradik seibu), ketika pada usia dua bulan dalam kandungan ibu, ayah Mok Nab dilarikan
oleh tentera Jepun menaiki trak, dijadikan buruh paksa membuat "landasan kereta
api maut" di Burma.
Cerita Maimunah lagi sepertimana diceritakan
arwah ibunya, sejak perpisahan itu, Mat Eil sampai kini tidak balik-balik. Entah
hidup entahkan mati. Tiada khabar berita.
Setelah 9 bulan di dalam kandungan lahirnya
dengan keadaan mental terencat. Mungkin semasa mengandung ibu Maimunah mengalami
tekanan perasaan. Lahirlah anak yang tidak seperti orang biasa.
Menurut Maimunah lagi, oleh kerana kekangan
kemiskinan masa itu arwah ibunya membenarkan Mok Nab menjadi pengasuh dan
pembantu rumah.
Beberapa daerah juga tempat Mok Nab 'bekerja' dalam Kelantan ini seperti Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu dan beberapa tempat lagi.
Keluh Maimunah, "Kesian kakakku.Walaupun
penat bekerja tidak diberi gaji. Cuma sekadar boleh makan pakai saja."
Menurutnya, antara anak asuhan Mok Nab,11
orang dari 16 orang adik beradik yang pernah disiarkan di tv tidak berapa lama
dulu.
Tambah Maimunah seperti catatannya di
Facebook miliknya, "Kesian kakakku, penat bekerja tidak diberi gaji, hanya
sekadar boleh makan, pakai saja untuk hidup."
Ujar Maimunah lagi, kini Mok Nab dijaga
sepenuhnya bersama empat lagi adik beradik ku.
"Pada kamilah tempat Mok Nab menumpang
kasih. Kami memohon bantuan dari MAIK untuk perbelanjaan harian dan ubatan. RM400
sebulan diberi. Alhamdulillah. Terima Kasih MAIK," tulis Maimunah pada
akhir catatan di Facebooknya.
Ya. Itu catatan Maimunah.
Ini pula catatan salah seorang adik beradik
yang disebut 16 orang itu.
"Alhamdulillah dapat lihat gambar Mok
Nab di Facebook. Lama tidak jumpa dengan Mok Nab," catat Lokman Ismail.
Namun menurut Lokman, dia sentiasa
mengikuti perkembangan Mok Nab melalui bapa saudaranya (suami ibu saudaranya)
yang juga adik kepada Mok Nab berlainan bapa.
Ada juga adik-adiknya melawat Mok Nab.
Ada juga adik-adiknya melawat Mok Nab.
"Sedikit sebanyak mengenai perkembangan
Mok Nak kami tahu," tutur Lokman.
Ujar Lokman, Mok Nab memang pernah tinggal di
rumah ayahnya, tetapi bukan sebagai orang gaji. Dia dilayan sebagai sebahagian
ahli keluarga dengan niat untuk membantu keluarganya sepertimana disebut oleh
Maimunah "kekangan kemiskinan" menyebabkan ibu Mok Nab membenarkan
dia berada di beberapa rumah orang lain.
"Kami tidak anggap Mok Nab orang gaji. Mek (ibu)
menjemputnya tinggal di rumah atas dasar 'membantu' Mok Nab. Kami tidak memerlukan orang gaji dan tidak mampu bayar orang gaji," ujar Lokman.
Tambah Lokman lagi, Mok Nab sepanjang berada
di rumah Mek hanya tolong mandikan dan suapkan makanan kepada adik-adik. Ketika masa tertentu ada dia membantu perkara lain.
Daripada 16 orang adik beradik, hanya tiga
orang sempat dimandikan Mak Nab. Bukan 11 orang. Mak Nab tinggal bersama
keluarga berkenaan selama kira-kira 3 tahun. Itu pun bukan berterusan.
"Yang tiga orang tu pun bukan sepanjang
masa berada dengan Mak Nab. Mek kami tidak bekerja dan tidak pernah
meninggalkan anak-anak. Mok Nab bukan buat tugas macam bibik sekarang ini yang
perlu melakukan apa sahaja tugas kerana ibu kanak-kanak pergi bekerja"
tambah Lokman lagi.
Ujanya lagi, Mok Nab hanya membantu apa yang tidak
sempat dilakukan oleh Mek. Kerja rumah semua Mek yang buat sendiri.
Bahkan semasa berpantang selepas bersalin,
kerja-kerja rumah dilakukan Mok (nenek) dan ayah serta anak-anak yang lebih
besar.
"Kami tidak bebankan Mok Nab kerana
sedar kekurangan yang dialaminya. Dan kami tidak menagih keringatnya sebagai
orang gaji," tegas Lokman lagi.
Menurut Lokman lagi, Mok Nab sekadar membantu menjaga adik-adik yang belum mampu menyuap makanan sendiri.
"Adik-adik yang berusia empat lima tahun
sudah tahu buat hal sendiri. Yang sudah bersekolah boleh berdikari mengambil
sendiri makanan. Cari pakaian sendiri yang ditimbunkan (tidak berlipat) sebelum
pergi sekolah dan mengurus keperluan sendiri," ujar Lokman lagi.
Memang betul ayah tidak bayar gaji kepada Mok
Nab kerana dia bukan orang gaji dan kami tidak pernah menganggap dia sebagai orang
gaji. Pun begitu, ayah pernah beri kepada Mok Nab wang dan membeli sebentuk cincin
"Mok Nab pernah berkata, "mujur (untung)
duduk sini, boleh juga minum air teh (bergula)" sebagai tanda bersyukur dia
tinggal bersama kami, biarpun kami juga miskin," tutur Lokman tanpa berniat
untuk menghina sesiapa yang dihimpit kemiskinan kerana keluarganya sendiri asal
miskin dan faham tentang erti kemiskinan.
"Semoga Mok Nab terus dalam keadaan sihat
dan jasa Mok Nab walaupun sebesar mana pun tetap dihargai dan dingati. Mok Nab tetap
dianggap sebahagian keluarga kami," tutur Lokman.
No comments:
Post a Comment