Perkembangan
dunia perniagaan online atau dalam talian (bukan 'atas talian') semakin meningkat. Keadaan ini
mengambil kesempatan dengan kemudahan internet yang rata-rata dimiliki penduduk
Malaysia sekurang-kurangnya dengan menggunakan telefon pintar.
Tambahan
pula, kerajaan sentiasa menggalakkan agar golongan muda menceburi dunia
perniagaan dalam talian yang dilihat memberi peluang amat besar. Majoriti
golongan muda memiliki kemahiran menggunakan gejet telekomunikasi.
Perniagaan
secara dalam talian tidak sukar untuk dilakukan, biarpun diakui tidak mudah untuk
mendapat keuntungan seperti diharapkan. Namun, ini tidak menghalang mereka
yang ingin mula mencuburinya.
Ini
kerana modal perniagaan online dikira amat murah atau minumun yang rata-rata
mampu disediakan oleh kebanyakan orang. Dengan hanya memiliki gejet
tertentu dan kemudahan internet, seseorang itu berpeluang untuk memulakan
perniagaan online.
Di
sini dikongsikan cara asas bagaimana hendak memulakan perniagaan online.
Formula
tersebut diberi nama Langkah 3P.
P
– PRODUK
P
yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang ingin
dipasarkan. Tanpa produk tentu sekali tidak dinamakan perniagaan.
Untuk
permulaan, elok cari produk atau perkhidmatan mengikut minat atau hobi. Cara
itu untuk mudah mengendalikan atau faham apa yang ditawarkan kepada
pelanggan.
Jika
kita tawarkan perkhidmatan atau barang berkaitan minat, tentu sekali kita mudah
untuk mengendalikannya. Mungkin juga produk itu kita oleh promosi melalui
aktiviti yang kita sertai. Kita juga lebih bersemangat dan tidak berdepan
dengan tekanan.
Sebenarnya
memang tidak sesuai untuk kita terikut-ikut dengan perniagaan orang lain. Itu
minat atau kemampuan orang lain. Kita mungkin lain. Tambah lagi jika
melibatkan kepakaran.
P
– PLATFORM
Bila
anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa
untuk anda pilih apa platform atau saluran yang ingin digunakan.
Contoh
platform biasa digunakan peniaga online:
- Facebook
-
Instagram
-
Twitter
-
Blog
-
Email
-
Minisite
Pemilihan
platform perlu mengikut kemampuan kita mengendalikan kemudahan itu. Pada
peringkat permulaan, gunalah mana yang mudah dan selesa.
Tidak
perlu lagi hendak guna aplikasi perlu kepada kepakaran tinggi atau belanja
menyediakan kemudahan itu. Banyak peniaga online berjaya dengan hanya
menggunakan aplikasi mudah di telefon pintar.
Kalau
sudah meningkat maju, baharu difikirkan platform yang lebih sesuai mengikut
kemampuan dan kesesuaian perniagaan yang dijalankan.
P
– PEMASARAN
Produk
sudah ada. Platform pun kita sudah dipilih. Sekarang masanya untuk
kita mula mempromosikan produk kita.
Setiap
platform ada teknik promosi yang tersendiri. Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram. Kalau guna
Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi
pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya
anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.
Selamat
berniaga secara dalam talian.
No comments:
Post a Comment