Satu
daripada cabaran akidah pada zaman ini adalah fahaman agnostik. Mereka
tahu bahawa Tuhan itu wujud tetapi tidak mempercayai ajaran agama.
Apa
yang membimbangkan adalah, sebahagian mereka yang terpengaruh dengan ajaran ini
terdiri daripada umat Islam yang ragu-ragu dengan ajaran Islam.
Golongan
agnostik ini gagal melihat keindahan Islam malah menyalahkan Tuhan kerana tidak
‘menyelesaikan’ masalah masyarakat.
Beberapa
ciri lain golongan ini untuk dikenal pasti adalah percaya kepada kewujudan
Tuhan tetapi tidak beragama, kurang kefahaman dan penghayatan agama serta
cenderung meluaskan pengaruh dalam kalangan golongan intelektual.
Serangan
pemikiran dari Barat yang amat mengelirukan ini merupakan isu akidah yang amat
kritikal.
Pemikiran
ini dipengaruhi oleh beberapa aliran pemikiran lain termasuklah modenisme,
sekularisme, pluralisme dan liberalisme.
Pengaruh
aliran pemikiran ini perlu dicegah dan diberi perhatian serius oleh semua pihak
supaya tidak terus merebak dan merosakkan akidah.
Perumpamaan
mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu
golongan menduduki bahagian atas dan satu golongan lagi menduduki bahagian perut
kapal berkenaan.
Apabila
golongan yang berada di dalam perut kapal memerlukan air mereka menyuruh
golongan yang di atas mengambilkannya untuk mereka sehinggalah mereka berkata:
‘Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air
sedangkan kita boleh mendapati air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah
kapal ini.
“Maka
sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka daripada kebodohan ini, mereka
akan karam kesemuanya.
Kita
pasti merasa kurang senang dengan isu yang melingkari kumpulan agnostik ini. Namun
cabaran ini menuntut kebijaksanaan agamawan dalam menyampaikan dakwah.
Ilmu
yang mantap serta cara penyampaian penuh hikmah adalah elemen penting bagi
menghadapi mereka.
Umpama
api dalam sekam, tanpa usaha dakwah, pengaruh fahaman ini perlahan-lahan akan
meranapkan benteng akidah umat Islam yang sebenar.
Proses
pemantauan, kawalan dan didikan perlu digembleng secara bersepadu agar
penyimpangan akidah alaf baru ini tidak terus menular dalam kalangan umat
Islam.
Antara
langkah penyelesaian tuntas yang dicadangkan bagi mengekang fahaman ini
adalah dengan mengukuhkan penghayatan agama melalui institusi keluarga.
Ini
termasuk ibu bapa perlu menjadi contoh mithali bagi anak dalam menghayati
Islam.
Lengkapkan
diri dengan ilmu keibubapaan. Pantaulah setiap aktiviti anak dan rakan yang
didekati anak kita daripada kecil hingga mereka dewasa. Di
samping itu, kita perlulah merangka gerak kerja dakwah yang strategik dan
menyeluruh.
Agensi
kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya perlu memperbanyakkan program kreatif dan
inovatif yang dapat menarik jiwa umat Islam.
Hindari pendekatan dakwah yang sempit, jangan hanya fokus pada persoalan dosa dan seksaan neraka semata-mata.
Dalam
sektor pendidikan pula, usaha memperkukuhkan dan menambah baik penyampaian dan
kandungan Pendidikan Islam perlu giat dijalankan sama ada dari peringkat
kementerian mahupun warga pendidik.
Pendidikan
dan ilmu Islam perlu didedahkan melalui kaedah yang tepat dan sahih.
Silibus
di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu sentiasa dinilai
untuk ditambah baik.
Selain
itu, pihak berkuasa tempatan serta persatuan penduduk bertanggungjawab memupuk
persekitaran yang sejahtera serta bebas daripada fahaman agnostik.
Program
menyeluruh perlu dirangka bermula dari peringkat rumah, sekolah, IPT, tempat
bekerja dan organisasi yang majoriti ahlinya beragama Islam.
Kempen
kesedaran melalui media perlu sentiasa dijalankan bagi menyedarkan umat agar
sentiasa berpegang pada ajaran akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Semoga
Allah SWT memelihara diri kita dan seluruh keturunan kita dengan istiqamah
berpegang pada akidah tauhid yang sebenar.
No comments:
Post a Comment