Hidup
ini mempunyai rencah dan ragam yang kompleks yang memberi ruang dan peluang
untuk kita mencari mencari kebahagiaan hidup. Setiap orang mempunyai atau
mendapat rezeki melalui cara tersendiri.
Seorang
doktor yang membuka klinik sendiri mendapat rezeki dengan ada orang sakit atau
mendapat musibah berkaitan kesihatan. Tanpa adanya orang sakit, tentu sekali
tidak ada rezeki untuk doktor berkenaan.
Namun,
tentu sekali doktor tidak mengharapkan ada orang sakit semata-mata untuk dia
mendapat rezeki. Malah doktor berharap tidak ada orang sakit. Dan, setiap orang
sakit diharapkan akan cepat sembuh dan tidak lagi akan mengalami sakit yang
berulang.
Pun
begitu sakit adalah lumrah. Tidak perlu didoakan atau berharap agar ada orang
sakit bagi meneruskan kelangsungan kerjaya doktor.
Sesungguhnya
Allah menjadikan manusia saling membantu dan melangkapkan antara satu sama
lain. Maka setiap orang perlu mencari ruang dan peluang untuk mencapai apa yang
diingini melalui keadaan yang tetapkan oleh Allah ini.
Berusahalah
untuk menjadi yang terbaik, biarpun terkadang itu bukan cara yang terbaik, ketika
kita sebenarnya bukan yang terbaik. Kerana kadang-kadang kita melakukan sesuatu
itu adalah untuk merealisasikan impian orang lain.
No comments:
Post a Comment