Penyediaan
kuih bahulu, akok, beko dan seumpamanya secara tradisional dengan menggunakan
sabut kelapa dan arang sebagai bahan bakar masih diamalkan kebanyakan pembuat
kuih berkenaan kerana dapat mengekalkan keunikan rasa kuih.
Pembuat
kuih sanggup menghadapi kesukaran memasak berbanding menggunakan dapur atau
pemanas teknologi moden yang lebih cepat untuk membuat kuih yang popular di
Kelantan itu, semata-mata untuk mengekalkan keunikan cara masaknya.
Proses
membakar menggunakan sabut kelapa adalah warisan turun-temurun pembuat kuih
yang ingin mengekalkan aroma rasa bau asap yang menjadikan ia lebih ‘asli’ dan
membangkitkan rasa.
Penggunaan
sabut kelapa turut menarik minat pembeli yang menjadi identiti cara memasak
sesuatu kedai. Sebab itu, tempat memasak biasanya diletak di bahagian kedai
untuk menarik perhatian pembeli.
Pembeli
yang inginkan keaslian rasa kuih sanggup menunggu lama semata-mata ingin
menikmati kuih kegemaran mereka yang dimasak dengan menggunakan sabut kelapa serta
arang.
No comments:
Post a Comment