Tuesday, 9 February 2021

WARUNG CIK SU GUA MUSANG

Kesan serangan wabak Covid-19 menyebabkan banyak orang hilang pekerjaan. Bukan seorang dua tetapi telah mencecah ratusan ribu orang. 

Mereka yang dahulunya dilihat mempuanyai pekerjaan yang baik dan terjamin, kini berada dalam keadaan sebaliknya.

Kalau yang ada pengalaman dan sedikit modal, mereka boleh memulakan perniagaan. Itupun kena balik kampung untuk mengurangkan kos hidup di ibu kota.

Inilah yang terpaksa dihadapi pasangan suami isteri Asraf dan Cik Su. Asraf bekas pekerja kontrak binaan MRT di Kuala Lumpur diberhentikan kerja kerana PKP. Cik Su pula bekas tukang masak di Majestic Hotel juga di Kuala Lumpur.

Mereka balik ke kampung asal di Gua Musang. Mereka tidak menyerah kepada takdir semata-mata. 

Sebaliknya, dengan kemahiran dan pengalaman dimiliki Cik Su, mereka membuka Warung Cik Su di bandar Gua Musang.

Lokasinya bersebelahan dengan pejabat Peladang Gua Musang. Menu utama yang ditawarkan ialah masakan tradisional Melayu dan Cina. 

Semoga musibah yang menimpa sekarang bukan pengakhiran kepada impian hidup, sebaliknya sebagai langkah baharu meneroka kehidupan lebih baik.

Hasrat dan impian mereka mendapat sokongan dan galakan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

No comments:

Post a Comment