Ambuyat atau dikenali juga dengan nama linut dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.
Ambuyat menjadi sajian utama selepas nasi. Terdapat hidangan yang sama di Indonesia dipanggil papeda.
Untuk menghasilkan ambuyat hanya memerlukan dua bahan iaitu tepung sagu dan air panas. Tepung sagu perlu dileraikan atau dihancurkan seperti gandum. Air panas dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal.
Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan ketika memakannya. Rasanya tawar, namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuah lebih masam atau pedas.
Ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.
Enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.
No comments:
Post a Comment