Biasanya
banyak orang suka tular yang buruk sahaja. Hari ini ambo ingin tularkan yang
baik dan mengucapkan terima kasih kepada staf J&T CDC Parit Raja 323 Johor.
Ambo
peniaga secara dalam talian di salah satu platform e-dagang. Entah macam mana,
ambo tersilap hantar dua bungkusan kepada pembeli yang sama yang sepatutnya
hanya dihantar satu bungkusan sahaja.
Apabila
menyedari perkara tersebut, ambo menghubungi staf J&T CDC Parit Raja 323
Johor dan memberitahu mengenai perkara itu. Staf mencari bungkusan mengikut
nombor jejak yang ambo berikan.
Staf
berkenaan mengakui ada dua bungkusan menggunakan dua nombor jejak yang sama.
Jadi,
ambo minta tolong hanya hantar satu sahaja kepada penerima dan satu lagi
dipulangkan kepada ambo semula. Seperti diminta, staf di J&T CDC Parit Raja
323 Johor telah membungkus dan mengembalikan semula kepada ambo.
Terima
kasih kepada staf J&T CDC Parit Raja 323 Johor yang terlibat.
No comments:
Post a Comment