Saturday, 20 March 2021

APA ITU PENYAKIT TIBI

Penyakit tuberkulosis atau tibi adalah penyakit berjangkit berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang.

Penyakit tibi juga dikenali sebagai batuk kering disebabkan penghidapnya akan batuk berpanjangan antara dua minggu atau lebih.

Wujud sejak 1940-an lagi, tibi sangat digeruni akibat kuman Mycobacterium bacillus.

Mudahnya ia disebarkan hanya dengan titisan kecil melalui batuk atau bersin.

Lebih menakutkan, sekiranya penyakit yang sepatutnya perlu mengambil beberapa jenis ubat selama beberapa bulan untuk membasmi jangkitan dan mencegah perkembangan rintangan antibiotik itu tidak dirawat dengan segera.

Implikasinya boleh sampai ke peringkat mencabut nyawa!

Tibi merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia. Berdasarkan data survelan 20 tahun kebelakangan ini, tibi semakin banyak dilaporkan.

Tanda dan gejala tibi
- Batuk melebihi dua minggu
- Demam Kahak berdarah
- Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
- Berpeluh waktu malam
- Cepat letih atau lemah badan
- Hilang selera makan
- Turun berat badan
 
Empat kumpulan berisiko tinggi jangkitan tibi:
 1. Mereka yang mempunyai hubungan rapat yang tinggal bersama atau menghabiskan masa yang lama dengan individu yang menghidap penyakit tibi.
 2. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah seperti: Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) Jangkitan HIV, Kanser Malnutrisi / Kurang zat makanan Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) Penyakit buah pinggang di peringkat akhir
 3. Individu yang hidup dalam persekitaran penuh sesak seperti: Gelandangan Penjara Institusi penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan
 4. Penyalahgunaan dadah, kaki arak dan perokok

No comments:

Post a Comment