Friday 22 July 2022

RAJA UMAR PEMERINTAH AWAL KELANTAN

 
Sultan Umar bin Raja Sakti (Raja Sakti I) adalah pemerintah sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang kini dikenali Kota Jembal atau dahulunya dinamakan Kampung Kedai Lalat. Jembal adalah pusat pemerintahan awal kesultanan Kelantan.

Raja Umar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong. Sultan Umar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti (Raja Sakti II) dan Raja Pah.

Sultan Umar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.

Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada 1675. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Umar. Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti (Raja Sakti I).

Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan. Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan.

Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti kerajaan Pattani, China, Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.

Tempoh pemerintahan baginda ialah dari tahun 1675 sehingga 1721.

Baginda mangkat pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan Besar Long Bahar dari Pattani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment