Friday 29 July 2022

PCAK CAKNA PENARIK BECA RODA TIGA

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) cakna penarik beca roda tiga atau ‘ore gatih teksi’. Golongan penarik beca roda tiga antara yang terkesan dengan perubahan semasa. Khidmat ore gatih teksi semakin tidak diperlukan apabila kebanyakan menggunakan kenderaan sendiri ketika pergi berurusan di bandar Kota Bharu.

Keadaan itu tentu sekali menjejaskan sumber pendapatan mereka yang bergantung dengan mengambil upah orang menghantar penumpang ke destinasi masing-masing.

Sebahagian mereka yang telah mencecah usia lebih 60 tahun masih meneruskan kerjaya yang telah dilakukan sejak 30 atau 40 tahun lalu. Biarpun sudah banyak penarik beca yang telah bersara disebabkan lanjut usia atau telah meninggal, masih ada saki baki meneruskan kerjaya tersebut.

Menyedari keterbatasan sumber pendapatan penarik beca, PCAK telah berulang kali menjadikan mereka sebagai penerima sumbangan berupa barang makanan kering dan apa-apa yang difikirkan wajar diberikan kepada mereka.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment