Thursday, 14 July 2022

PENGALIRAN TENAGA DALAM BADAN

 
Kesemua pengaliran tenaga di dalam badan berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran Allah SWT. Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikut saluran dengan tertib alami berterusan dan bersambungan.

Sistem saling berhubungan dan bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengannya.

Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga.

Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional. 

Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang. 

Intipati ilmu stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘chi’ melalui saluran-saluran tenaga dalam sistem meridian tubuh.

Tenaga yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati, limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga tertentu.

Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat untuk terus berfungsi.

Aliran tenaga dalam tubuh yang sihat adalah seimbang. Aktiviti kehidupan seharian, pemakanan, peningkatan umur, keadaan sekeliling, emosi yang berubah-ubah, bebanan kerja yang meningkat dan sebagainya menyebabkan berlaku gangguan pada kadar aliran tenaga kepada organ-organ penting. 


No comments:

Post a Comment