Mek Keldung (wanita tua) berusia 14,000
tahun. Lebih tua dari rangka artifak di Gua Cha dan lebih tua dari Perak Man
yang ditemui di Lenggong Perak.
Saya (Jai) gelarkan rangka manusia wanita
tua ini sebagai Mek (gelaran kepada wanita tua Kelantan) dan Keldung sebuah gua
di sepanjang Sungai Nenggiri di mana rangka artifaks manusia ditemui oleh para
penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan,
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli
semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek
Hidroelektrik Lembah Nenggiri Gua Musang Kelantan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah usia
artifak yang berusia 14000 tahun setelah menjalani ujian ‘karbon dating’
menunjukkan ia lebih lama dari tempoh ketamaddunan manusia iaitu al insan (manusia
pertama iaitu Nabi Adam) sekitar antara 5,000 hingga 10,000 (data spekulatif )
tahun iaitu tempoh masa dari Nabi Adam hingga kini.
Tempoh 14,000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi di Jericho Palestine iaitu 10,000 tahun.
Persoalannya ialah siapakah sosok rangka
Mek Keldung ini? Aakah rangka prasejarah 14,000 tahun ini ada kaitan dengan
soalan atau dialog malaikat kepada Allah dalam surah al-Baqarah?
Allah SWT berfirman kepada malaikat yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Soalan malaikat ini seolah-olah memberi
maklumat awal kepada kita bahawa malaikat berpengalaman melihat persengketaan
makhluk terdahulu yang dijadikan Allah hingga membawa kepada pertumpahan darah
sehinggalah makhluk sebelum Adam ini pupus sepenuhnya .
Persoalannya adakah wujud “Adam” sebelum
Adam?
Penemuan rangka-rangka ini di Lenggong, Gua
Cha dan terkini iaitu di Lembah Nenggiri ini telah membuka sebuah penemuan yang
lebih luas akan mukjizat al-Quran untuk kita fikirkan?
Allah jadikan jin dan manusia adalah untuk
beribadah kepada-Nya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Dzariat ayat ke 56.
Oleh itu kalau rangka dan tengkorak yang
ditemui berusia 14,000 tahun ini di Lembah Nenggiri iaitu di Gua Keldung ini
lebih tua dari Nabi Adam, adakah ia yang digelar “sapien” yang tidak berakal
yang saling berbunuhan sesama sendiri, sebagaimana yang disoal oleh malaikat
kepada Allah itu?
Tempoh 14,000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi di Jericho Palestine iaitu 10,000 tahun.
Allah SWT berfirman kepada malaikat yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Sebagaimana Allah pupuskan makhluk-makhluk dinosor yang lain, begitu juga Allah pupuskan makhluk seperti manusia ini yang digelar sapien supaya mereka tidak berevolusi sehinggalah Allah mencipta khalifah yang mempunyai akal menggantikan tempat sapien ini.
No comments:
Post a Comment