Sunday 6 October 2024

BATASAN SERTAI AKTIVITI ORANG KAFIR

 
Malaysia adalah negara yang unik, dihiasi dengan rakyat pelbagai kaum dan agama anutan. Rakyat bebas menganut fahaman dan melakukan aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang negara.
 
Banyak perayaan yang sebenarnya agak asing bagi penganut atau kaum lain. Perayaan itu diadakan secara dalam kelompok kecil, tetapi penuh kemeriahan di kalangan mereka yang menyambutnya.
 
Jadi, jika ada peluang untuk bergaul mesra dan belajar tentang budaya masyarakat lain, seharusnya ia dihargai. Inilah semangat perpaduan yang kita semua perlu hargai, membuktikan bahawa kita mampu hidup harmoni meskipun berlainan kepercayaan.
 
Islam sendiri mengajar kita untuk bertoleransi dengan masyarakat lain, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan keharmonian antara umat manusia, tanpa mengira agama dan bangsa.
 
Melaluinya, nilai-nilai murni seperti saling menghormati, membantu sesama masyarakat, dan hidup harmoni dapat terus dipupuk.
 
Namun, toleransi itu perlu difahami dan dihayati dengan berpada-pada dalam batas-batas yang jelas. Ada perkara yang perlu dijauhi ketika berurusan dengan penganut agama lain agar itu tidak melibatkan perkara akidah.
 
Justeru, jika tidak faham dan tidak ada kekuatan iman, elok dijauhi dengan aktiviti yang melibatkan kepercayaan penganut agama lain.
 
Antara amalan yang boleh terkeluarnya daripada batas keimanan sehingga membawa kekufuran adalah seperti berikut:
 
- Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
- Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
- Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah
- Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir
- Menganggap perbuatan orang kafir sebagai patut dicontohi
- Rasa tertarik dengan amalan penganut agama lain.  
- Reda dengan perbuatan orang kafir yang menyalahi aturan Islam

No comments:

Post a Comment