Orang yang sudah mati, tidak menanggung apa
apa dosa jika tidak ada seorang pun yang mahu urus jenazahnya, yang berdosa
ialah mereka yang masih hidup kerana gagal memikul fardu kifayah yang telah
ditetapkan.
Tugas menguruskan jenazah hukumnya ialah
fardu kifayah. Jika sebahagian masyarakat Islam sudah melakukan, maka
terlepaslah masyarakat tersebut daripada dosa.
Jika mengabaikannya, maka seluruh masyarakat berdosa.
Dalam pengurusan jenazah, perlu kita
kehahui bahawa ada empat perkara penting iaitu mandi, mengkafankan, solat dan
mengebumikan jenazah.
Dijanjikan pahala besar kepada mereka yang
mengurskan jenazah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tabrani, Rasulullah SAW
bersabda: "Sesiapa yang memandikan jenazah, lalu dia sembunyikan keaiban
pada jenazah itu, maka diampunkan untuknya 70 dosa besar."
Selain itu, sesiapa yang mengafankan
jenazah, Allah SWT akan memakaikan untuknya pakaian daripada syurga.
Manakala bagi yang mengiringi jenazah ke
kubur, maka individu itu akan mendapat satu lagi pahala sebesar Gunung Uhud.
Ia sebagaimana hadis, daripada Abu
Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang melayan jenazah
orang Muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan
menyelenggarakan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa
pahala dua qirat, satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang
mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka
orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Sunan
an-Nasai)
Bagi mereka yang menggali kubur, dalam
hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang
menggali kubur untuk jenazah, kemudian dia masukkan jenazah tadi ke dalam
kubur, maka pahalanya akan mengalir."
Jadi, tidak perlulah kita memulau atau “menghukum”
mana-mana jenazah tanpa mengira siapakan dia ketika hidupnya di dunia.
Sempurnakan tanggungjawab kita kepada jenazah. Tentang amalannya di dunia, itu
biarkan Allah SWT tentukan nasibnya di akhirat.
Jika mengabaikannya, maka seluruh masyarakat berdosa.
No comments:
Post a Comment