Bermain
mercun bukan budaya Melayu. Bukan amalan umat Islam. Ia dikaitkan sebagai amalan
kaum Cina untuk menghalau hantu dan mendatangkan tuah.
Orang Islam bermain mercun bukan kerana hendak halau hantu, sebaliknya untuk bergembira. Hari raya hari untuk bergembira. Ya, Islam tidak halang untuk bergembira.

Namun, cara untuk bergembira itu
bukan dengan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya, mengganggu orang lain dan
membazir.
Bermain mercun boleh dikira mencari bala. Mungkin boleh sebabkan kecederaan dan maut. Sudah banyak yang putus jari, buta mata dan melecur. Mercun meletup di tangan. Hancur tangan dan menyebabkan cacat kekal.
Sebab itu, perbuatan itu dikira haram dan perlu dijauhkan oleh umat Islam. Berdasarkan kaedah fikah, sesuatu yang bahaya adalah diharamkan.

Islam ingin umatnya selamat daripada kecelakaan dan
keburukan. Menjauhkan yang buruk itu wajib.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Manakala sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Membakar mercun membazirkan wang. Sepatutnya duit diguna untuk tujuan lain. Boleh disedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang berjihad.
Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhan.” (Surah al-Isra, ayat 27).

No comments:
Post a Comment