Saturday, 7 March 2020

SEJARAH SAMBUTAN HARI WANITA

Hari Wanita telah disambut sejak pada tahun 1908 bersempena satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara yang menuntut hak untuk mengundi sewaktu pilihan raya di negara tersebut. Bantahan tersebut telah diketuai oleh sekumpulan wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

Namun demikian, tarikh asal sambutan tersebut diadakan adalah pada 28 Februari, tetapi bermula pada tahun 1911, Hari Wanita mula di sambut pada 19 Mac  di Jerman, Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.

Sebagai tambahan kepada hak untuk mengundi dan memegang jawatan awam, perhimpunan tersebut juga menuntut hak wanita untuk bekerja, untuk menyertai latihan vokasional dan untuk menamatkan diskriminasi dalam pekerjaan.

Pada tahun 1913 dan 1914, Hari Wanita Antarabangsa juga menjadi mekanisme untuk membantah Perang Dunia Pertama. Sebagai sebahagian daripada pergerakan keamanan, wanita Rusia menyambut Hari Wanita Antarabangsa pertama mereka pada bulan Februari.

Tetapi di Eropah, sambutan diadakan pada atau sekitar 8 Mac tahun berikutnya, wanita mengadakan perhimpunan sama ada untuk membantah peperangan atau untuk menyatakan solidariti dengan aktivis lain.

Kemudian pada tahun 1917, wanita di Rusia sekali lagi memilih untuk memprotes dan mengadakan mogok untuk “Roti dan Damai” (Bread and Peace) pada bulan Februari (yang jatuh pada 8 Mac pada kalendar Gregorian). Empat hari kemudian, Czar menyerahkan diri dan kerajaan sementara memberi hak kepada wanita untuk mengundi.

Bermula pada tahun 1975, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mula merayakan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac yang berterusan sehingga pada hari ini.

No comments:

Post a Comment