Itu
sudah jadi amalan. Ada yang mencari tiang atau dinding untuk menyandar.
Kononnya tidak boleh duduk lama tanpa menyandar kerana mudah sakit pinggang.
Tidak
kisahlah duduk jauh-jauh. Itu sudah lebih baik daripada ‘duduk jauh’ di rumah
atau tempat lain. Mudah cakap, tidak datang langsung ke masjid sama ada untuk
bersembahyang berjemaah, lebih-lebih lagi mendengar kuliah agama.
Duduk
jauh pun masih boleh dengar dengan baik apa disampaikan oleh penceramah.
Sekarang ini semua penceramah menggunakan pembesar suara. Ada pembesar suara di
segenap penjuru masjid. Suara penceramah jelas dan nyata. Kata orang, jelas
bagai dibaris.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment