Friday 5 March 2021

MAKSUD PERKATAAN 'MUSAADAH'

Masyarakat Malaysia kini diterjah dengan perkataan ‘musaadah'. Perkataan asalnya dalam Bahasa Arab sudah lama digunakan. Maksudnya bukan perkataan baharu.

Bahkan, dalam Bahasa Melayu pun perkataan dasar ‘saadah’ sudah lama digunakan pada nama orang Melayu, khususnya perempuan.

Banyak orang menyebut perkataan ‘musaadah’ tetapi tidak memahami maksudnya. Apa yang penting mereka menerima bantuan.

Musaadah berasal dari perkataan ‘saadah’ yang membawa maksud membantu. Perkataan ‘musaadah’ bermaksud ‘bantuan’ atau ‘sumbangan’.

Al-Musaadah pula bermaksud memberi pertolongan kepada mereka yang selayaknya.

Memandangkan musaadah sudah bermaksud bantuan, maka tidak sepatutnya digunakan perkataan ‘bantuan musaadah’ yang membawa maksud kata pengulangan biarpun sebutannya berbeza. 

Ia lebih kurang sama perkata “acu cuba try test” yang kerap digunakan dalam dialek Kelantan.

Maksud lain musaadah ialah pelepasan daripada hukuman mahkamah atas perkara yang hak kerana didapati tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment