Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi
perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai 10 Februari 2023.
Warganegara boleh menggunakan mod paparan
LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ.
Ini selaras dengan pelaksanaan langkah
digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh
Kementerian Pengangkutan.
Justeru, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta
Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan
dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah
fasa pertama itu.
No comments:
Post a Comment